Wednesday, April 1, 2009

ke mana saja aku pergi

Agk lucu pabila kamu fikir kamu betul-betul tahu tentang dirimu,
Seperti kamu rasa kamu tidak pernah tewas kepada sesiapapun,
Dan aku pula sibuk fikir segalanya tentang aku dan dirimu,
Sungguh bodoh diriku ini, sungguh.
Aku tidak sepatutnya dengar sepatah perkataan pun yang terucap oleh bibirmu,
Tetapi aku sentiasa memberi dan menerima janjimu,
Aku tidak sepatutnya menunggumu walau sepayah manapun,
Dan aku mahu segalanya berakhir sekarang,
Aku sangat mahu semuanya pergi,
Tetapi diakhirnya, entah bagaimana, segalanya kembali kepada dirimu.

Kemanapun aku pergi,
Walau apapun yang aku lakukan,
Aku tidak mampu lenyapkan dirimu dari fikiranku,
Sangat menjengkelkan,
Kamu pula tidak berani memberi tahu aku,
Yang aku bukanlah pilihanmu yang satu,
Seperti yang kamu katakan dahulu,
Kamu sepatutnya memberitahu seseorang,
Yang sebenarnya kamu sudah tidak menyayangi diriku lagi..

Seandainya kamu memberitahu aku bagaimana perasaanmu dahulu lagi,
Mungkin aku telah memberikan cintaku pada yang lain,
Tapi aku sibuk berfikir dimanakah aku sepatutnya berada dalam hatimu,
Sungguh bodoh diriku ini, sungguh.
Tapi ada sesuatu yang tidak mampu kita elak antara diriku dan kamu,
Namun aku tidak mampu mencapainya tetapi apapun,
Aku tidak patut berdiri teguh untuknya,
Aku tahu yang kamu tidak baik untuk ku,
Dan begitulah keadaannya.

Kemanapun aku pergi,
Walau apapun yang aku lakukan,
Aku tidak mampu lenyapkan dirimu dari fikiranku,
Sangat menjengkelkan,
Kamu pula tidak berani memberi tahu aku,
Yang aku bukanlah pilihanmu yang satu,
Seperti yang kamu katakan dahulu,
Kamu sepatutnya memberitahu seseorang,
Yang sebenarnya kamu sudah tidak menyayangi diriku lagi..

Aku memberitahu diriku,
Lupakanlah kamu,
Ianya telah berlalu,
Ianya perkara yang sepatutnya dilakukan,
Dan pabila aku rasa aku mampu melakukannya,
Kamu pula datang dan membawa aku kembali ke dunia cinta,
Aku tidak mampu menghadapinya,
Aku tidak mahu mendekatinya,
Aku tidak mampu melakukannya,
Aku tidak akan melakukannya,
Sekali lagi, diakhirnya, entah bagaimana, segalanya kembali kepada dirimu.

Kemanapun aku pergi,
Walau apapun yang aku lakukan,
Aku tidak mampu lenyapkan dirimu dari fikiranku,
Sangat menjengkelkan,
Kamu pula tidak berani memberi tahu aku,
Yang aku bukanlah pilihanmu yang satu,
Seperti yang kamu katakan dahulu,
Kamu sepatutnya memberitahu seseorang,
Yang sebenarnya kamu sudah tidak menyayangi diriku lagi..

No comments:

Post a Comment